Friday, December 24, 2010

KISAH MENJADI TELADAN OKEY~

Ayah Putih
Ayah Putih
Hidup seorang petani yang ditinggalkan isteri kerana miskin dari Kampung Gajah Mati di Chengkuas, Narathiwat, Thailand, berubah sejak dia menemui seekor beruk putih hampir sebulan lalu.
Tolik Yamaer, 31, membawa pulang beruk albino itu selepas ia memasuki perangkap yang dipasangnya dalam kawasan hutan di Bukit Budoo, tidak jauh dari rumahnya. Kini, kawasan rumahnya bagaikan tapak pesta.
Setiap hari, rumahnya dikunjungi ribuan penduduk dari seluruh Thailand bagi menyaksikan keanehan beruk berbulu seputih salji itu.
Ayah Putih jadi tumpuan ramai
Ayah Putih jadi tumpuan ramai
Orang ramai datang semata-mata untuk merakamkan gambar kenangan bersama beruk albino yang jinak itu yang ditempatkan dalam sangkar bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Menurut Tolik yang ditinggalkan isteri tiga bulan lalu kerana hidup dalam kemiskinan, selain bertani dia menjalankan usaha menangkap beruk liar untuk dijual kepada penduduk kampung yang mahu melatih haiwan itu untuk tujuan memanjat kelapa dan petai.
Bulan lalu ketika menjenguk perangkap beruk yang dipasangnya, Tolik terkejut apabila mendapati dua ekor beruk di dalamnya iaitu beruk biasa dan seekor lagi beruk albino. Beruk biasa itu pantas melarikan diri sebaik perangkap dibuka, manakala beruk albino tidak berbuat demikian.
Rumah Tolik dah jadi macam tapak pesta
Rumah Tolik dah jadi macam tapak pesta
Beruk albino yang dinamakan Ayah Putih (bukan Ayah Pin tau) itu kini menjadi teman dua anaknya berusia tujuh dan 10 tahun. Khabar mengenai beruk albino itu tersebar cepat dan menarik kedatangan orang ramai yang berpusu-pusu ke rumahnya setiap hari.
Malah, penduduk kampung turut mengambil kesempatan menjual T-shirt, VCD dan gambar pelbagai aksi beruk putih itu. Orang ramai yang berkunjung pula menghulurkan sumbangan kepada Tolik untuk menyediakan makanan Ayah Putih.
Releks je adik ni bergurau dengan Ayah Putih
Releks je adik ni bergurau dengan Ayah Putih
Kata Tolik, dia tidak berhasrat menjual beruk ini walaupun ada yang menawarkan sehingga Baht3 juta (RM300,000) kerana mendakwa dia bermimpi seseorang melarangnya menjual beruk itu kepada orang lain.
“Dalam mimpi itu, saya diingatkan supaya membebaskannya ke hutan jika tidak mahu memeliharanya lagi,” katanya.
Ketika malam, Ayah Putih akan dibawa masuk ke dalam rumah untuk tidur bersamanya. Dia kini tidak berpeluang lagi ke hutan untuk menangkap beruk kerana sibuk melayan orang ramai yang berkunjung ke rumahnya.

Actually cIte ni ad pengajaran nya
  1. Jangan ingat orang susa xboley jadi kaya sebab tu smua kekuasaan tuhan
  2. Kalau kita bersabar semuanya boley berubah.
  3. SO janganlah tinggalkan orang yang kita sayang sebab dia miskin x berduet,tapi tngalkanlah dia bila dia xberakhlak n iman okey..
  4. lastly pemuda ni tidak bersikap tamak pun contohilah dia ye..

5 comments:

  1. betoll2 . . khidupan yg kaya tk semestinye mnjamin kebhgiaan en . .

    ReplyDelete
  2. betol~ hehe.
    org yg miskin pun bole kaya.. kaya dgn kasih syg dan iman. ^_^

    ReplyDelete
  3. he3,,btul3,,ala kalau tuhan tu nk bg kaya cam2 car jew,.padan mka prmpn tu,.he3

    ReplyDelete
  4. agreed!
    weee comel nye beruk albino tu.
    beruk2 kat hostel sy comel tp dorg suke curik mknn kami.

    p/s: http://cahayafarihin.blogspot.com/2010/12/kisah-madu-kismis.html

    ReplyDelete